Thursday 1 November 2012

Confused lagi!!

Hai.....
Dah seminggu lebih tak blogging.. sebenarnye aku bukanlah penulis blog yg tegar. aku just blogging bila ak rasa free and have something to share.

Sekarang ni life aku macam huru-hara sikit. Confused antara life, love and study.Sekarang dah masuk lapan bulan aku sambung master and aku still terkial-kial. End point aku masih samar-samar. Aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak fokus. Sedangkn inilah yang aku nak sangat dulu.. I really really need this. Kenapa aku sambung master?? Tujual asalnya sebab aku nak jadi pensyarah. Tapi banyak perkara dah berlaku sampai aku sendiri dah tak pasti ape tujuan aku sambung master ni.

My life. Yup! Hidup aku tunggang langgang lately. Aku banyak buang masa. Tidur. Do nothing. Do stupid things. Berangan.. HUHHH!!

Love pulak. sekarang ni aku betul-betul kena fikir panjang. And aku tak tahu kenapa, aku amik keputusan untuk jarakkan diri aku dengan dia. Aku cuba untuk tak fikirkan dia untuk satu hari. Aku cuba untuk lari dari dia. lari dari perasaan aku sendri yang aku pun tak pasti ape yang aku rasa.

Thats why life aku tuggang terbalik sikir sekarang ni. Aku betul-betul perlukan perubahan dalam hidup aku. Semoga Allah membantu aku. Semoga Allah membimbing aku ke arah yang betul yang terbaik untuk aku.

**I really miss my mom n dad

Sunday 14 October 2012

Dating ke?

14/10/2012 - one of meaning full days in my life..

Semalam adalah kali ke-dua aku keluar dengan dia berdua. Ekceli its a bit awkward. Sebab aku dgn dia tak pernah keluar berdua time blaja dulu. Borak berdua pun tak pernah rasanya. Setakat tegur 'hai' 'hoi' tu ada lah.. hmmm.. aku tak tahu macam mana nak describe perasaan aku bila keluar dengan dia. Excited tu ada. Happy?? hmm.. sikit. eh banyak.. (hahahhaa..) tapi rasa excited dan haapy tu tak de la sebanyak time ktrg keluar first time haritu.

First time aku keluar dengan dia, malam tu aku tak boleh tidur. Excited sangat sampai tak boleh tido... Ntah pa pe ntah.. (hahahha..) Ape ntah yang aku dok pikir sampai tak boleh tidur tu. And besoknye ktrg keluar. Time tu memang rasa awkward gile2. First time kot.... Dia pulak banyak diam. So, aku pun secara otomatiknye menjadi sangat banyak cakap. Lepastu, pergi tengok wayang. Time tu, GSC ada kasi kupon free.Aku still ada simpan kupon tu sampai skrg. Poyo gile kan? (hahahhaa..)

Semalam pun ktrg keluar tengok wayang. Sebenatnya, aku tak nak tengok wayang kalau berdua ni. Kan tak elok.. hmm, aku tak kuat lagi nak lawan godaan syaitan.. Ya Allah, moga-moga lepas ni aku boleh avoid tengok wayang berdua dengan dia..

Lepas tengok wayang, aku gi teman dia makan. Tiba-tiba topik KAWIN jadi bahan bualan ktrg. Bukan dia ajak aku kawin la, tapi ktrg borak pasal kawan-kawan yang nak kawin. (hahaha..) tetiba dia tanya "kau bila nak kawin?" haaa! ini soalan ke-5 yang aku paling tak suka nak jawab. (huhuhu..)

 "aku tunggu kau sebenarnya" <=== ape yang sepatutnye aku jawab

"aku tengah tunggu" <=== ape yang aku jawab

lepas tu, dia tanya. "dah ada orang la ni?" 

"kau lah orangnye" <=== ape yang sepatutnye aku jawab

"eh, takde la. aku tunggu jela sape2" <=== ape yang aku jawab

jawapan  clichè giler.. hahaha

hmm, aku tak pasti samada pertemuan ni akan jadi titik permulaan untuk ktrg jadi rapat semula atau sekadar pertemuan kawan biasa. aku tak mengharap pun yang lepas ni ktrg akan selalu keluar. aku cuma mengharapakan, kalau dia ada perasaan kat aku, then dia kena lah proceed to the next level. and kalau tak, aku harap lepas ni ktrg akan jarang jumpa. sebab aku tak nak simpan harapan aku kat dia lama-lama. sebab kalau dia betul-betul tak ada perasaan kat aku, aku boleh cuba bukakkan hati aku pada orang lain. sebab buat masa ni, hati aku masih lagi mengharap pada dia. Moga Allah beri petunjuk. Amin~

Saturday 13 October 2012

J.O.D.O.H

J.O.D.O.H
antara kepastian dan keraguan..

Semua orang mesti terasa something bila perkataan jodoh dibangkitkan. tak kira lah lelaki atau perempuan. Bagi anak dara yang berumur 24 tahun macam aku, pasti tak pernah lari dari soalan "Bila nak kawin?" atau "akak kau dah naik pelamin, kau bila pulak?". ada jugak yang tanya "Dah ada pakwe ke?" Biaselah.. the makciks memang suka nak gosip-gosip macam tu. 

Aku pernah terbaca satu petikan ni. Ayatnye lebih kurang macam ni:

"Jodoh itu sudah pasti.. Dan ia, tidak perlu dicari.."

Yes, aku memang setuju yang jodoh itu sudah pasti. Tapi aku rasa jodoh itu tak akan datang bergolek depan mata. So, kita still perlu mencari dimanakah jodoh itu. Setiap dari kita mesti ada ciri-ciri lelaki idaman masing-masing. Walaupun kita tak akan dapat exactly macam yang kita idamankan tu, tapi at least kita boleh cari yang 70% memenuhi citarasa kan? 

Masuk tahun 2012, dah ramai kawan-kawan aku yang dah dan akan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah dan semoga berbahagia buat korang. AKU?? Masih mencari dan menanti. Semalam kawan aku ada cakap "Kau jangan memilih sangat. Lelaki sekarang dah tak ramai tau". Tergelak aku dengar ayat kawan aku sorang ni. MEMILIH??!! (hahahaa..)

Bagi aku, tak salah pun kalau kita ni memilih sikit. Yelah, nak cari seseorang yang akan bersama kita sampai akhir nyawa (insyallah..) mestila kena cari seseorang yang boleh membimbing, jaga kita, dan boleh menjamin masa depan. Suami itu adalah ketua rumah. Jadi fungsinya adalah untuk mengawal dan menjaga rumah tangga. Jadi untuk menjadi lelaki yang akan dipilih menjadi suami, kenalah lengkapkan diri dengan ilmu supaya nanti boleh membimbing dan mendidik isteri dan anak-anak. Untuk perempuan, kena persiapkan diri dengan ilmu rumah tangga. Memasak, kemas rumah, basuh baju.. itu semua basic skill yang kena ada pada seorang perempuan. Persiapan ini semua bukan untuk kesenangan kita dan pasangan je, tapi jugak untuk tarik perhatian mak mertua dan the ipars.. 

Sekarang aku still blur bab jodoh ni. Sebab aku memang tak boleh nak imagine siapa bakal suami aku. Buat masa sekarang, aku mengaku yang aku memang dah ada someone dalam fikiran aku. Kadang2 aku dpt rasakan yang dia adalah jodoh aku,tapi at the same time aku still ragu-ragu. Rasa cinta aku kat dia terpendam sejak aku degree lagi. And until now, tak ada siapa yang tahu tentang perasaan aku ni termasuklah dia. Sebabnya, aku tak yakin pada diri aku sendiri. Aku tak rasa yang aku layak untuk dia dan aku tak terfikir pun yang dia pun akan ada perasaan pada aku. So, daripada aku amik risiko meluahkan perasaan aku kat dia, lebih baik aku pendam. Mohon doa dan petunjuk dari Allah. Nak dapatkan jodoh yang terbaik ni kadang-kadang kita kena bersabar. ALLAH knows better. 

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui perjalanan hidupku sama ada yang lalu dan yang akan datang.. aku mohon padamu Ya Allah, kurniakan kepadaku pasangan hidup yang dapat membimbingku, memberikan aku zuriat yang baik, dan membawaku lebih dekat padamu..aku mohon padamu Ya Allah, ketika kau temukan kami, kau persiapkanlah hati kami agar kami yakin dengan ketentuanmu. Ya Allah yang maha mengetahui segalanya, aku mohon kau jagakanlah dia. walau dimana dia berada ketika ini, aku mohon kau tenangkan hatinya. sesungguhnya hanya kepada engkau aku bermohon..amin..." 


Tuesday 2 October 2012

Tips Diet 2: Resepi Oat Miss Eri

Assalamualaikum...

Hai..

Oat.. sangat bagus untuk sesiapa yang tengah diet. First time aku makan oat, "wekk! tak sedap! rasa macam kertas!". Stuju tak?

Ramai orang tanya aku, "kenapa ko diet tak makan nasi? Kalo nak diet memang lak boleh makan nasi ke?"
Jawabnye..
Sebenarnye boleh makan nasi, tapi jumlahnye mestilah amat-amat sedikit. Just makan nasi sebanyak segenggam tangan kita je. SEgenggam je tau. Bukan DUA genggam.. And kalau boleh, amik sekali je sehari. Nasi adalah salah satu karbohidrat. Mengikut piramid makanan, jumlah karbohidrat yang perlu diambil adalah sangat sedikit. Banyakkan mengambil makanan berunsur bijirin dan jenis mudah hadam. 
Jawapan kenapa aku tak makan nasi adalah sebab aku jenis tak boleh tahan kalo tengok nasi. Kalo makan mesti nak penuh sepinggan. So, nak mengelak kebanjiran karbohidrat dalam badan aku, so aku pun meng-stop-kan diri dari mengambil nasi dalam menu harian aku. 

Kat sini aku berbaik hati nak share resipi oat yang diciptakan oleh aku sendiri. Kalo ada persamaan dangan mana-mana menu, itu hanyalah kebetulan semata-mata. heheh...

Bahan-bahan:
Quaker Oat Fruit (kaler merah)
Susu
Corn Flakes (hancurkan kecik2)
Puding Mangga 
Buah Epal



Cara 
Bancuh oat dengan air panas. Air jangan banyak sangat. Aku lebih suka bancuhan yang pekat.
Lepas tu, masukkan susu dan corn flakes ikut sesuka hati. tapi jgan lepak banyak susu sebab kalo nak diet, kena kurangkan manis-manis. Kadang-kadang aku masukkan horlick sikit. Untuk hilangkan rasa oat yang tak sedap tu. Then, masukkan puding dan buah epal (potong kecik-kecik la. senang nak makan nanti). SIAP! boleh dimakan sambil menonton movie didepan laptop.. 

*aku selalu makan time malam sebab tengah-tengah malam perut asik mintak makanan. Esok bangun pagi, komfem berak sebab oat ni fungsinya untuk sedut lemak-lemak dan air berlebihan dalam badan. 


"SELAMAT MENCUBA"

Tips Diet 1: Jangan Timbang Berat Secara Kerap

Assalamualaikum.. Hai..

Harini genap dua minggu aku berdiet.. Sepanjang dua minggu ni aku skip makan nasi. Just makan oat dan buah-buahan. Aku pernah terbaca satu entri ni, kalo nak diet tak leh diet mendadak. Sebab nanti perut terkejut (aku pun tau tahu maksud perut terkejut tu). Nak diet ni, kena slow-slow.. Dulu aku pernah gak diet beria sampai tak makan lansung. Seminggu je bertahan. Lepas tu, makan nasi macam tak ingat dunia. Berat badan pun makin menaik.. Lepastu, aku terus tak de mood nak diet dah. 

So, untuk next diet experiment aku cuba untuk berdiet secara berhemat. Mula-muka kurangkan makan nasi. Banyakkan minum air masak. And bila petang kalo aku free, aku gi jogging dalam 20-30 minit. Sebenarnya takde la jogging sangat pun. Sekadar jalan, pastu lari sikit-sikit je. Sekadar nak keluarkan peluh. 

Nak dijadikan cerita, lepas dah dua minggu ni aku pun excited nak timbang berat. Alhamdulillah, dah turun 4kg. Tapi sebenarnya bahaya jugak kalau asyik timbang ni. Sebab bila berat kita turun, kita mudah jadi excited. Lepas tu mesti semangat berdiet tu dah berkurang sebab dah berjaya turunkan berat. Contoh terdekatnye adalah aku. Lepas je tau berat dah turun, esok terus bernafsu nak makan nasi. BANYAK pulak tu. Alasannye, sebab dah turun 4kg. Satu lagi pantang bila diet ni, kalo dah stop makan nasi jangan sekali-kali mulakan semula untuk makan nasi. Sebab komfem lepas tu susah giler nak stop balik. At the end, berat pun menaik semula.. Aduyaiii!! 


So, untuk entri kali ni, Aku sarankan korang jauh-jauhkan la diri dari alat penimbang ni. Memang alat ni boleh motivate-kan kita untuk terus berdiet tetapi certain orang, mudah nak putus semangat bila hari-hari dok timbang berat tapi still tak turun-turun. Akhirnya, diet jadi sia-sia. Kalo boleh, timbanglah sebulan sekali je. And jangan terlalu taksub untuk turunkan berat badan. Takot kalau-kalau nanti kita pulak yang sakit. 


# Good Luck kepada para pen-diet sekalian. Jom sama-sama mengkuruskan diri.