Sunday 14 October 2012

Dating ke?

14/10/2012 - one of meaning full days in my life..

Semalam adalah kali ke-dua aku keluar dengan dia berdua. Ekceli its a bit awkward. Sebab aku dgn dia tak pernah keluar berdua time blaja dulu. Borak berdua pun tak pernah rasanya. Setakat tegur 'hai' 'hoi' tu ada lah.. hmmm.. aku tak tahu macam mana nak describe perasaan aku bila keluar dengan dia. Excited tu ada. Happy?? hmm.. sikit. eh banyak.. (hahahhaa..) tapi rasa excited dan haapy tu tak de la sebanyak time ktrg keluar first time haritu.

First time aku keluar dengan dia, malam tu aku tak boleh tidur. Excited sangat sampai tak boleh tido... Ntah pa pe ntah.. (hahahha..) Ape ntah yang aku dok pikir sampai tak boleh tidur tu. And besoknye ktrg keluar. Time tu memang rasa awkward gile2. First time kot.... Dia pulak banyak diam. So, aku pun secara otomatiknye menjadi sangat banyak cakap. Lepastu, pergi tengok wayang. Time tu, GSC ada kasi kupon free.Aku still ada simpan kupon tu sampai skrg. Poyo gile kan? (hahahhaa..)

Semalam pun ktrg keluar tengok wayang. Sebenatnya, aku tak nak tengok wayang kalau berdua ni. Kan tak elok.. hmm, aku tak kuat lagi nak lawan godaan syaitan.. Ya Allah, moga-moga lepas ni aku boleh avoid tengok wayang berdua dengan dia..

Lepas tengok wayang, aku gi teman dia makan. Tiba-tiba topik KAWIN jadi bahan bualan ktrg. Bukan dia ajak aku kawin la, tapi ktrg borak pasal kawan-kawan yang nak kawin. (hahaha..) tetiba dia tanya "kau bila nak kawin?" haaa! ini soalan ke-5 yang aku paling tak suka nak jawab. (huhuhu..)

 "aku tunggu kau sebenarnya" <=== ape yang sepatutnye aku jawab

"aku tengah tunggu" <=== ape yang aku jawab

lepas tu, dia tanya. "dah ada orang la ni?" 

"kau lah orangnye" <=== ape yang sepatutnye aku jawab

"eh, takde la. aku tunggu jela sape2" <=== ape yang aku jawab

jawapan  clichè giler.. hahaha

hmm, aku tak pasti samada pertemuan ni akan jadi titik permulaan untuk ktrg jadi rapat semula atau sekadar pertemuan kawan biasa. aku tak mengharap pun yang lepas ni ktrg akan selalu keluar. aku cuma mengharapakan, kalau dia ada perasaan kat aku, then dia kena lah proceed to the next level. and kalau tak, aku harap lepas ni ktrg akan jarang jumpa. sebab aku tak nak simpan harapan aku kat dia lama-lama. sebab kalau dia betul-betul tak ada perasaan kat aku, aku boleh cuba bukakkan hati aku pada orang lain. sebab buat masa ni, hati aku masih lagi mengharap pada dia. Moga Allah beri petunjuk. Amin~

0 comments: